Droupr Dilancarkan – Perkhidmatan Perkongsian Dan Menumpang Kenderaan

Seringkali jika anda ingin kemana-mana dan lebih suka memandu berseorangan, terdapat ruang penumpang yang kosong yang boleh dinaiki penumpang lain. Jika bulan Mei lepas Grab telah melancarkan GrabHitch, minggu ini satu startup tempatan telahpun melancarkan perkhidmatan sebegini dikenali sebagai Droupr.

Droupr merupakan perkhidmatan yang membolehkan pemandu menyenaraikan perjalanan mereka yang mempunyai ruang penumpang yang kosong. Pemandu hanya perlu mengisi maklumat seperti tempat bertolak dan destinasi, dan Droupr akan mencadangkan harga perseorangan yang akan menyertai perjalanan tersebut. Harga yang dicadangkan adalah jauh lebih murah dari harga perjalanan bas, seperti contoh harga dari Kuala Lumpur ke Alor Star untuk seorang penumpang hanyalah sekitar RM 40, dan pemandu boleh menaikkan harga sekiranya mahu.

Salah satu kelainan yang dibawakan mereka pemandu boleh menetapkan pelbagai pilihan seperti maklumat berkenaan ruang bagasi, pilihan jenis penumpang sama ada yang merokok atau yang tidak merokok serta jantina, dan pilihan untuk berehat atau menyimpang dari perjalanan seperti tempoh masa ingin berehat di tempat Rehat & Rawat di lebuhraya. Satu lagi keunikan adalah pemandu boleh menetapkan perhentian dan membolehkan penumpang turut atau naik di destinasi berlainan, dengan tambang yang berlainan.

Read more at Amanz.my

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer