Balik kampung kongsi kereta

Tiket bas habis? Tak mampu bayar tol? Jangan risaukan masalah itu dan anda memang perlu pulang ke kampung untuk bertemu keluarga tercinta walau apa cara sekalipun.

Nasib baik, kini tiba masa untuk laman web perkongsian kereta, Droupr menjadikan pengguna yang tidak mahu keseorangan ke suatu destinasi (jarak jauh) kerana mungkin ada pengguna lain ingin menumpang ke lokasi sama.

Ia boleh diakses mudah melalui laman web www.droupr.com menawarkan perjalanan jarak jauh seperti dari Lembah Klang ke selatan atau utara tanah air.

Penumpang perlu mengisi borang dan membuat pembayaran (bukan berdasarkan keuntungan, tetapi menampung kos) sebelum mendapatkan maklumat mengenai perjalanan serta nombor telefon atau e-mel yang sah untuk dihubungi.

Laman web terbabit membolehkan penumpang memilih pemandu dimahukan dan senarai tertera sememangnya boleh dipercayai kerana kami terlebih dulu membuat pengesahan teliti selain menggunakan sistem rating pengguna demi keselamatan kedua-dua pihak.

Read more at Harian Metro

Leave a reply:

Your email address will not be published.

Site Footer