Perjalanan Droupr dilindungi sehingga RM350 untuk kos tow truck

Berita baik untuk semua pengguna Droupr yang menawarkan perjalanan menggunakan platform Droupr. Mulai hari ni, semua perjalanan akan dilindungi sehingga RM350 untuk bayaran tow-truck jika berlaku musibah.

Perlindungan ini diberikan percuma kepada semua pemandu tidak kira samada mereka bersama penumpang berbayar ataupun tidak. Selama mana setiap perjalanan ditawarkan dalam Droupr, perjalanan tersebut akan dilindungi tanpa sebarang bayaran tambahan (rujuk terma dan syarat).

Siapa yang layak?

Semua pemandu yang berkongsi kenderaan melalui Droupr dan perjalanannya aktif pada masa kejadian. (rujuk terma dan syarat)

Bagaimana untuk claim?

Mudah. Dapatkan resit pembayaran asal yang telah dilunaskan, dan email kepada support (droupr.com) untuk tujuan claim sehingga RM350. Pembayaran akan dibuat dalam tempoh seminggu selepas claim diluluskan. (rujuk terma dan syarat)

Juga disepanjang musim perayaan ini, Droupr memberi diskaun sebanyak RM20.00 (RM10 x 2) kepada semua penumpang. Gunakan kod ‘tongtongraya’ ketika membuat tempahan, dan bayaran akan dikreditkan secara automatik. Ianya sah sehingga 12 Julai 2017.

Lebih banyak sebab untuk berjimat sambil bertemu rakan baru!

Site Footer