Dari web ke mobile app

Pertama sekali kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan yang penuh rahmat bulan Ramadhan 1438 Hijrah. Bulan yang dinantikan oleh ahli ibadah dan bagi para perantau, bulan ini membawa kenangan dan tentunya satu penantian untuk bergabung di hari lebaran nanti.

Pemenang skim SUPERB

Droupr bermula pada bulan Ramadhan 2016, kami mula memformulasikan satu pendekatan yang bukan lah baru di dunia namun tentunya terbaik untuk rakyat Malaysia khasnya.

Perjalanan yang jauh ingin kami dekatkan dengan bergaya. Kami menawarkan kepada anda semua satu perjalanan silaturrahim membawa gelak ketawa, perkongsian idea, muzik dan cerita.

Mengapa ini semua bakal berlaku? Kerana ketika idea Droupr ini dibincangkan, begitulah yang kami bayangkan dan kami bawakan idea ini kepada  pihak kerajaan melalui Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), satu pentas rebutan dana melalui idea yang dibentangkan.

Nyata Droupr mendapat perhatian sekaligus diterima sebagai antara pemenang Superb 2016 dengan hadiah geran bernilai setengah juta ringgit dari kerajaan Malaysia.

Bernaung di bawah program e-Rezeki

Pada Januari 2017, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah bersetuju secara prinsipal untuk meluluskan Droupr sebagai rakan di bawah platform e-Rezeki yang dikelolakan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Di bawah program e-Rezeki, Droupr dapat mendekatkan diri dengan pengguna di seluruh Malaysia, menjelaskan dengan lebih baik perkhidmatan yang disediakan, dan membantu golongan berpendapatan di bawah RM4,000.00 (B40) untuk menjana pendapatan melalui program-program yang tersedia.

Sepanjang penyertaan, sambutan yang diterima adalah diluar jangkaan. Ramai juga yang menanti Droupr ditawarkan melalui aplikasi telefon pintar (Apps) kerana pada permulaan, ianya cuma boleh diakses melalui platform web.

Droupr tersedia sebagai mobile app

Kini, Droupr sudah bersedia untuk sepenuhnya dengan melancarkan Aplikasi Telefon Pintar Droupr di Google Play Store. Semua pengguna telefon pintar yang menggunakan platform Google Android boleh memuat turun applikasi Droupr sekarang.

Antara ciri berlainan yang ditawarkan dalam applikasi ialah Distress Signal  di mana pengguna boleh menghantar lokasi kepada contact jika berlaku kecemasan. Fungsi ini tidak memerlukan data dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Tiba masanya kita menyaksikan satu perubahan dalam perjalanan, menggunakan sumber yang ada dan membantu rakyat Malaysia untuk berjimat dengan berkongsi kos perjalanan dengan selamat dan selesa.

Site Footer